Zaman Kanak-kanak  

Posted by: Fickry


Tadi masa aku nak masuk kelas, aku tengok murid prasekolah tengah main kat playground depan tadika...

Seronoknya aku tgk diorg berlari.. mereka berlari bebas tanpa ada sebarang masalah yang mengganggu dan membebani mereka..



Syoknya... KALAULAH aku boleh berlari sebebas mereka.... bermain seriang mereka... tanpa perlu memikirkan apa-apa.. bebas dari masalah duit, kerja, fizikal, sekeliling, isu semasa, pasukan bola...

Tapi bila bunyi je loceng menandakan tamat satu masa P&P, aku mula tersedar dari lamunan... Nikmat Allah bagi ni sekali je... xleh bagi selalu nanti jadi alpa, jadi muak,

Contohnya.. masa muda sebelum tua... masa kecik-kecik dulu aku teringin nk cepat jadi orang besar.. nak pegang duit sendiri, nak beli itu, nak beli ni.. tapi bila dah BESAR ni aku nak jadi muda balik lak.. manusia semenangnya tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki... bila dah kehilangan baru tahu benda tu tak ternilai harganya....

This entry was posted on Tuesday, February 09, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment