minggu praktikum  

Posted by: Fickry

genap sebulan aku menjadi guru pelatih di S.K Brickfields 2.


Alhamdulillah setakat ni semuanya dalam keadaan baik.. Guru-guru kat cni baik. keadaan kondusif.. murid-murid pun ok. cume normal la murid nakal. mane2 ade.

Penat mmg terasa sangat.. balik skola pas makan mesti aku lena sampai petang. tu pasal berat aku makin bertambah.. seluar pun dah rasa ketat. ramai yang dah menegur.. memang nak bersukan tapi balik je penat.. huhu.

Memang berat tanggungjawab seorang guru. pas aku abis ngajar satu kelas tu, kalau ade je murid xphm aku rasa bersalah sangat. walaupun subjek yang aku ajar ni agak ringan tapi ia tetap ilmu, aku ajar kajian tempatan, sivik dan english.

Dulu aku cukp xsuka nk jadi cikgu... Mungkin ini takdir hidup aku. dari xsuka kepada minat n sayang kepada profesion perguruan ni..

Zaman Kanak-kanak  

Posted by: Fickry


Tadi masa aku nak masuk kelas, aku tengok murid prasekolah tengah main kat playground depan tadika...

Seronoknya aku tgk diorg berlari.. mereka berlari bebas tanpa ada sebarang masalah yang mengganggu dan membebani mereka..



Syoknya... KALAULAH aku boleh berlari sebebas mereka.... bermain seriang mereka... tanpa perlu memikirkan apa-apa.. bebas dari masalah duit, kerja, fizikal, sekeliling, isu semasa, pasukan bola...

Tapi bila bunyi je loceng menandakan tamat satu masa P&P, aku mula tersedar dari lamunan... Nikmat Allah bagi ni sekali je... xleh bagi selalu nanti jadi alpa, jadi muak,

Contohnya.. masa muda sebelum tua... masa kecik-kecik dulu aku teringin nk cepat jadi orang besar.. nak pegang duit sendiri, nak beli itu, nak beli ni.. tapi bila dah BESAR ni aku nak jadi muda balik lak.. manusia semenangnya tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki... bila dah kehilangan baru tahu benda tu tak ternilai harganya....

Praktikum  

Posted by: Fickry


pagi sok jam 7.30, akan bermula la kehidupan aku sebagai guru praktikum di s.k brickfield 2.. sem ni mungkin lagi mencabar dari sem-sem lepas kerna sem ni aku akan mengajar bahasa inggeris..

pergh.. aku punye speaking pun berterabur lg. minta-minta la semuanya dipermudahkan ALLAH. seram sejuk gak dibuatnya...

kalau sebelum ni di s.k p.j. semuanya ok minta-minta la kat cni pun ok gak. kena la refer balik nota-nota lama mcm mane kaedah mengajar yang sesuai.. pendekatan yang sesuai. n motivasi yang nk digunakan. hahaha.

kepada kawan-kawan semua.. good luck.. all the best..