minggu praktikum  

Posted by: Fickry

genap sebulan aku menjadi guru pelatih di S.K Brickfields 2.


Alhamdulillah setakat ni semuanya dalam keadaan baik.. Guru-guru kat cni baik. keadaan kondusif.. murid-murid pun ok. cume normal la murid nakal. mane2 ade.

Penat mmg terasa sangat.. balik skola pas makan mesti aku lena sampai petang. tu pasal berat aku makin bertambah.. seluar pun dah rasa ketat. ramai yang dah menegur.. memang nak bersukan tapi balik je penat.. huhu.

Memang berat tanggungjawab seorang guru. pas aku abis ngajar satu kelas tu, kalau ade je murid xphm aku rasa bersalah sangat. walaupun subjek yang aku ajar ni agak ringan tapi ia tetap ilmu, aku ajar kajian tempatan, sivik dan english.

Dulu aku cukp xsuka nk jadi cikgu... Mungkin ini takdir hidup aku. dari xsuka kepada minat n sayang kepada profesion perguruan ni..

Zaman Kanak-kanak  

Posted by: Fickry


Tadi masa aku nak masuk kelas, aku tengok murid prasekolah tengah main kat playground depan tadika...

Seronoknya aku tgk diorg berlari.. mereka berlari bebas tanpa ada sebarang masalah yang mengganggu dan membebani mereka..



Syoknya... KALAULAH aku boleh berlari sebebas mereka.... bermain seriang mereka... tanpa perlu memikirkan apa-apa.. bebas dari masalah duit, kerja, fizikal, sekeliling, isu semasa, pasukan bola...

Tapi bila bunyi je loceng menandakan tamat satu masa P&P, aku mula tersedar dari lamunan... Nikmat Allah bagi ni sekali je... xleh bagi selalu nanti jadi alpa, jadi muak,

Contohnya.. masa muda sebelum tua... masa kecik-kecik dulu aku teringin nk cepat jadi orang besar.. nak pegang duit sendiri, nak beli itu, nak beli ni.. tapi bila dah BESAR ni aku nak jadi muda balik lak.. manusia semenangnya tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki... bila dah kehilangan baru tahu benda tu tak ternilai harganya....

Praktikum  

Posted by: Fickry


pagi sok jam 7.30, akan bermula la kehidupan aku sebagai guru praktikum di s.k brickfield 2.. sem ni mungkin lagi mencabar dari sem-sem lepas kerna sem ni aku akan mengajar bahasa inggeris..

pergh.. aku punye speaking pun berterabur lg. minta-minta la semuanya dipermudahkan ALLAH. seram sejuk gak dibuatnya...

kalau sebelum ni di s.k p.j. semuanya ok minta-minta la kat cni pun ok gak. kena la refer balik nota-nota lama mcm mane kaedah mengajar yang sesuai.. pendekatan yang sesuai. n motivasi yang nk digunakan. hahaha.

kepada kawan-kawan semua.. good luck.. all the best..

Sakit...  

Posted by: Fickry

Mggu ni bermula dengan aku diuji dengan penyakit.. walaupun penyakit ni xla berat n serius mane tapi tetap memberi kesan kepada rutin seharian

Selesema ni ganggu hidung aku, kepala aku, tdo aku. Pening dibuatnya. dah bergelen-gelen aku minum tapi pening lagi..

Namun aku percaya sakit n sihat ni allah bagi. n semua yang allah bagi adalah nikmat. Mungkin kifarah atas dosa-dosa lalu maka allah timpakan aku penyakit yang ringan.. Allah xkan uji hambanya melebihi kemampuan hamba tersebut.. maka jika aku bersabar insyaallah akan dapat ganjaran..

Menurut ustaz aku, ketika sakit atau musibah menimba, Allah nk dgr kita merintih.. Mgkn aku sedikit lalai dari mengingatinya atau terlalu byk dosa yang aku dh lakukan. dan ketika sakit, jika kita bersabar maka dosa akan dihapuskan, ditambah pahala dan ditingkatkan darjat.

Alhamdulillah aku dikurniakan sakit yang ringan ni.. sakit yang masih aku gagahi, sakit yang tidak menghalang aku pergi menuntut ilmu..

Zaman Rasulullah dulu ada sahabat menangis sbb xdpt sakit, dia ingt Allah lupa padanya.

Stress, Kecewa..  

Posted by: Fickry

jumaat adalah hari raya bg umat islam...

namun pada jumaat lepas.. aku berasa sungguh kecewa... hampa.. sedih...

aku kantoi road block.. aku mmg dh cuak tp mane leh lari dh.. klu lari lagi susah.. redha je la..
dh wat salah kena r tanggung.. mula-mula JPJ tu minta i.c aku bg dgn rileks je.. pastu die minta lesen n roadtax. peluh dah mula memercik di dahi...

tapi aku rileks lagi.. aku ckp kat die aku tinggal kat umah. hehehe. pastu die gertak aku. die kate die blh check pkai internet. peluh lagi kuat memercik di dahi..hormon adrenalin aku merembes membuatkan jantung aku berdegup makin laju... aku pun ngaku la.. roadtax n lesen dh lama mati. pastu die trus minta kunci moto aku..

kemudian moto aku ditolak pelan2 ke trak die.. die minta aku sain dokumen SITA.. sedih n kecewa nya aku tgk motor aku di bawa pergi..

separuh jiwaku pergi
bila kau tolak moto
jauhkan dari aku
kau bawak pergi
motor aku...
(guna rentak lagu anang)

aku terus kol shah.. "minta tlg hang amik aku, moto aku kena tarik". thanks kat shah sbb die sanggp g amik aku..

tdo xlena, makan xkenyang bile teringat kat moto.. huhu. separuh jiwa aku dh pergi.huhu

Kagum  

Posted by: Fickry

kecewa nya aku bila diberitahu bahawa KAGUM bola sepak (sukan antara inst perguruan) tidak dipertandingkan pada tahun ini..

Kecewa nya.. bila aku rasa tahun ni lah banyak bakat yang boleh diketengahkan...

Tahun ni lah baru blh buat pemilihan..

Tahun ni lah baru blh bersatu...

Tahun ni juga merupakan tahun terakhir untuk aku menyertai kagum.. namun hasrat tersebut tidak dapat dijadikan kenyataan..

Kekecewaan aku bertambah apabila sukan yang kurang popular bagi guru lelaki di Malaysia seperti Tenis dan Bola KEranjang...

kalau tenis tu aku blh pertimbangkan la sebb tenis skang dh jd sukan popular kat malaysia n baguslah kalau guru-guru menguasai sukan tersebut.. tapi bola keranjang perlu kah????

ade ke budak sekolah main bola keranjang.. (klu sekolah cina n sekolah bandar ada la segelintir budak main) tapi sekolah kampung n pedalaman ade ke???????

KECEWANYA..

10 hari  

Posted by: Fickry

10 hari selepas tahun 2010.. permulaan awal tahun yang mencabar.. di gambarkan dengan tugasan-tugasan yang bakal memerah keringat n jiwa n emosi.. dan segala-galanya harus di laksanakan dengan jayanya....

Fail MQA, satu pe aku xsedia lg. diorg nk dtg bulan 4 ni,. klu xlepas mcm mane la gamaknya t. xdpt aku bayangkan. belaja dkt 6 tahun tp xdpt degree. huhu. kecian kat makbapak aku..